#thought 17

Dah lama dia tak merasakan perasaan ini - perasaan takut dengan segala amal ibadahnya, segala ilmunya, segala nikmat yang dirasainya - apakah kesemuanya itu telah diredhai oleh Allah?

Seringkali juga terjadi dalam dirinya, saat dia merasakan ini - apakah ianya timbul dek kerana rasa yakinnya pada Allah telah berkurang? Apakah ada kecondongan dalam akadnya? Apakah ada kotoran pada hatinya yang menghalang dalam merasa redha dengan perasaan itu sendiri?

Telah pun dia mengerti perbezaan di antara 'Izin Allah' dan 'Redha Allah', maka di manakah letaknya perasaan ini? Telah pun dia selalu berdoa di dalam solatnya "Allahumma Ya Muqallibal Qulub... thabbit qalbi 'ala deenik, wa 'ala to'atik..." agar dijauhi rasa bolak baliknya kepada Yang Maha Menentu Sesuatu.

Namun, masih sering dia diburu rasa tidak cukup dengan pengabdiannya kepada Rabbul Izzati. Rasa bersalah dengan tiap af'al - apakah tertolak? Rasa bersalah dengan tiap nafas yang terhela. Rasa bersalah dengan tiap rasa.

Beginikah nikmat cinta para Nabi, para Rasul, para sahabat, para wali kepada-Mu, Ya Allah?

#thought 16

Wahai diri yang tidak memiliki
Betapa tercelanya dirimu
Memandu jasadmu ke lembah kehinaan
Memacu tubuhmu sehawa nafsumu

Text

Kesemua hasil tulisan di dalam blog ini sama ada yang terlahir dari untaian kata penulis sendiri mahupun yang terambil dari konteks sumber lain hanyalah sisipan kecil duniawi yang sementara. Sekadar suatu bentuk luahan mahupun ingatan buat diri penulis mahupun yang membaca.
Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / AbidNanBeruzlah

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger