Bagaimana mungkin untukku melanggar syariat, semasa pulangnya ke dalam tareqat, sebelum sampai ke tahap hakikat?
Bagaimana mungkin seseorang wali berijtihad sendiri, sedang syariat telah termaktub daripada Nabi, atau sekadar faham-faham sendiri?
Bagaimana mungkin seorang hamba tidak solat, sedangkan syariat telah terpahat, lakuan apa harus dibuat? Cukup sekadar lafaz niat? Menyombong kepada Zat?
Lantas bumi mana yang dipijak? Udara mana yang dihirup? Nikmat siapa yang dilahap?
Sedangkan Muhammad tiada pernah tidak perbuat, siapa kita untuk tidak solat?
Hanya Al-Quran yang layak mencabar manusia.
"Dzalikal kitabu laa roibafiih, hudallil muttaqiin..."
0 ulasan:
Catat Ulasan