#thought 2


Saya bukan pakar dalam bidang ini. Sekiranya ada orang memuji saya, saya akan berhenti menulis. Saya menulis bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepintaran dan mencari puji-pujian.
Sesungguhnya setiap penulis sentiasa menjadi sasaran para pengkritik. Sekiranya dia mengambil kira semua kritikan yang dilontarkan itu, sudah pasti ia akan mematahkan semangatnya.
Tetapi, sekiranya sesuatu yang ditulis itu bertujuan memberi kesan kepada seseorang, maka saya akan cuba sedaya-upaya walau apa jua keadaannya. Selagi ia tidak menentang syariat, saya akan teruskan jua.


- Tok Kenali (dalam ruangan ‘Seruan’, majalah ‘Pengasuh’, 7 September 1918)

0 ulasan:

Text

Kesemua hasil tulisan di dalam blog ini sama ada yang terlahir dari untaian kata penulis sendiri mahupun yang terambil dari konteks sumber lain hanyalah sisipan kecil duniawi yang sementara. Sekadar suatu bentuk luahan mahupun ingatan buat diri penulis mahupun yang membaca.
Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / AbidNanBeruzlah

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger